Mobile Legends Tournament @ Pripex X Duta 2025

7 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2025, pihak NADI telah dijemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) untuk turut serta memeriahkan Mobile Legends Tournament @ PRiPEx x DUTA 2025 yang berlangsung di Dewan PRiPEx, DUTA, Perlis. Dalam program ini, pihak NADI berperanan sebagai marshall pertandingan, memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lancar dan teratur.

Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian, iaitu SMK Putra, SMK Perlis, SMK Syed Sirajuddin, SK Behor Empiang, SMK Syed Ahmad, SK Seberang Ramai, SK Tok Kayaman, SK Santan, SK Sri 1 dan SK Jalan Raja Syed Alwi. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang penuh semangat dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan guru.

Tahniah diucapkan kepada SMK Putra yang dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100, diikuti oleh SMK Syed Sirajuddin sebagai naib johan dan SMK Behor Empiang di tempat ketiga.

Selain menjadi marshal, pihak NADI dan MCMC turut membuka booth Kempen Internet Selamat dan Keselamatan Internet bagi memberi pendedahan kepada pelajar serta guru tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah dan selamat.

Program ini memberikan meningkatkan penglibatan komuniti pendidikan dengan pusat NADI, memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi kerajaan seperti JPN dan MCMC, serta memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat rujukan pembelajaran digital dan keselamatan siber di peringkat komuniti. Melalui program ini juga, imej NADI sebagai organisasi yang menyokong pembangunan e-sukan, ICT dan literasi digital semakin kukuh di mata masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali